Jam menunjukkan tepat pukul 12 pagi, aku pun dengan cepat tutup laptop dan mematikan lampu. Lantas aku merebahkan badanku di atas katil sambil fikiranku melayang entah ke mana. Walaupun hari hujan tetapi aku tetap merasa panas, lalu aku tanggalkan bajuku. Hujan di luar masih tidak berhenti,
guruh sesekali berdentum membuatkan hati ku gelisah.
Tak pernah aku rasa segelisah ini. Peristiwa tempoh hari masih menghantui diri ku, aahhhh itu semua bukan salah aku, sapa suruh dia cari pasal dengan aku. Baru dia tahu langit ini tinggi ke rendah. Aku cuba pejamkan mata, lama aku cuba lelapkan mata tetapi fikiranku bertambah kusut. Kusut mengenangkan nasib yang bakal menimpa diriku. Macam-macam gambaran buruk bermain di fikiranku. Ya Allah, apakah nasib hamba Mu ini kelak? Jauh di sudut hati terdetik seribu keinsafan, tanpa aku sedari kelopak mataku digenangi air. Fikiranku bertambah serabut, aku tertanya-tanya.
Adakah malam ini dia akan datang? Adakah dia akan datang menuntut dendam yang dah lama tersimpan? Aku mengaku, memang aku yang bersalah. Memang aku yang patut dihukum, tapi aku tidak tahu bilakah dia akan menuntut nyawanya. Hatiku kuat mengatakan malam ini dia akan datang...tiba-tiba aku terdengar bunyi daun pintu bilikku terbuka, aku rasakan seperti ada satu lembaga yang masuk!! Aku bertambah cemas, mataku liar mencari-cari kelibat lembaga tersebut, tetapi suasana yang gelap gelita membataskan penglihatanku, adakah dia sudah datang?? adakah dia datang untuk membalas dendam?? adakah dia datang untuk menuntut nyawanya di kembalikan??
Tiba-tiba, zzuuppp aku terasa bahuku seperti di tusuk dengan benda yang tajam, bahuku terasa sangat sejuk, mulutku terkunci, suaraku hilang entah ke mana. Aku cuba meronta-ronta ingin melepaskan diri, lalu aku terjatuh dari katil. Tangan kanan ku menekup bahu ku yang cedera parah, aku terpaksa merangkak ke tepi dinding dan ketika itu sekali lagi aku ditikam di bahagian belakang badanku, aku menjerit sekuat hati tetapi suara ku langsung tidak kedengaran. Argghhh kali ini dia betul-betul ingin menyiksa aku dengan perlahan. Aku kumpulkan segala kudrat yang ada, aku percaya takkan lah aku begitu mudah ditumpaskan. Lantas aku mencari suis lampu dan sejurus lampu bilik dihidupkan..piaappp mati kau nyamuk!!! -TAMAT-
p/s: Ini lah kesan nya bila baca komik byk sgt, huhuhu
penceritaan punya lah dramatik. nyamuk je rupenye.
ReplyDeletedramatik betul... huhuhu
ReplyDeleteadoi. igtkn cite seram td.
ReplyDeletechaiit. nyamuk je. haha
sggh sini bro...hehe kelakar juga kalau igt masa blaja dulu sanggup pergi kedai cina semata2 nk baca komik dewata raya...
ReplyDeleteHazari: hidup ini penuh dgn drama, ekekeke
ReplyDeletemizzapple: tu la, jahat tau nyamuk tu
PJB74: x larat woo nk follow beli komik2 tu tiap2 dua minggu, huhuhu ni dh de tenet download je la sampai muntah, ekekeke
Lor heh! Nyamok saja...
ReplyDeletewahahaha....ku sangkakan zomba tadi...hahahha
ReplyDeletewho wanna know bout 7 eleven top secret klik here
Aduus... mula mula saspen gak...
ReplyDeleteEnding nyer aduhaiiii.....
Vaksin HIV berjaya di India
salam..
ReplyDeletelain kali tido pasang ubat
nyamuk ye...?he he..
suspenderr btol la..
ReplyDeletehaha , dramatikk gile kot
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteaduh..khusyuk saya membaca. adeh..hehe