Anda selalu rasa tak puas hati dengan seseorang? Selalu mengalami tekanan persaan? TSM ada caranya!! Ayat intro nak gempak, huhuhu Apa khabar semua? Kembali semula kita dalam segmen Tips Tigasukumaut. Pernah tak korang terfikir kenapa manusia selalu ada sifat tak puas hati dengan orang lain?
Adakah perasaan tidak puas hati itu berpunca daripada orang lain atau diri anda sendiri? Aku pernah terbaca satu quote yang menyatakan punca manusia berperang atau bergaduh disebabkan masing-masing mengatakan diri sendiri betul. Tak kesah la korang betul ke salah, tapi macam mana korang atasi sifat tak puas hati dalam diri tu?
Orang selalu cakap be positive thingking. Jangan fikir benda yang negatif dan ia akan memburukkan lagi keadaan. Tetapi setiap orang tahap kesabarannya lain-lain. Mula-mula memang boleh bersabar tetapi bila benda yang dipendam tu dah jadi terlalu lama, akhirnya dia akan meletup juga. Tu yang kita selalu dengar orang mengamuk, tetak guna parang lah, pukul sana, pukul sini, huhuhu Sebenarnya positive thingking sahaja tidak cukup. Selain daripada fikiran, perasaan juga banyak mempengaruhi tindakan kita. So perasaan kita juga hendaklah positif (positive emotion). Bila kita dah praktikkan kedua-duanya, positive thinking dan positive emotion, barulah kita dapat berfikir dan bertindak dengan waras.
Melepaskan perasaan tak puas hati anda dengan mengumpat dan mengutuk belakang-belakang adalah satu perbuatan yang pengecut di samping meningkatkan lagi saham anda ke neraka, huhuhu Melepaskan tekanan dengan mengamuk tak tentu hala juga akan mendatangkan keburukan bukan sahaja pada orang lain bahkan pada diri anda sendiri. Be profesional, sifat ini haruslah diterapkan dalam diri anda bukan sahaja ketika anda bekerja, bahkan harus dipraktikkan setiap masa. Dibawah ni TSM akan tunjukkan cara melepaskan rasa tidak puas hati anda dengan kaedah yang sangat pro!!
Amacam, ada bran? kahkahkah Kan best kat Malaysia ada pertandingan mcm ni, huhuhu Baiklah, terserah pada anda untuk menilainya sendiri, sehingga berjumpa lagi, daaa~
salam..
ReplyDeleteserius tiga suku maut punya tips! haha
ada jugak game macam ni. :D
alma2paradise