Pages

Ahli-ahli 3sukumaut!!

Tuesday, February 1, 2011

Kenduri kahwin 3sukumaut!!


Salam 1Malaysia, huhuhu agak-agak dapat pahala tak bagi salam cm ni?? Seperti yang di janji kan, kali ni aku akan tulis pasal kenduri kawin yang aku pergi tempoh hari. Ekelehhh, apa kelaskan wat entry pasal kenduri kawin, hahahaha Sebenarnya kenduri yang aku pergi kali ni memang agak jauh. Korang ley tengok peta kat bawah ni:

Ihsan Google Maps

Ya destinasi yang akan di tuju adalah Danai, Indonesia. Sebuah kepulauan Riau dan majoritinya adalah kaum Bugis. Giler apa kan pegi kenduri sampai Indon, kahkahkah Aku temankan bapak aku jek, kire yang jemput ni ada gak la kene-mngena ngan bapak aku. Sebab bapak aku pun memang orang Bugis. 
Feri Miko Natalia
TSM bertolak hari Selasa, 25 Januari di Terminal feri Kukup Pontian. Sejam masa perjalanan ke perhentian pertama,Tanjung Balai. Dari Tanjung Balai amek pula feri lain ke Tanjung Batu. Sampai Tanjung Batu, bot ke Danai sudah terlepas. Bot ke Danai sekali sehari je ada, so TSM terpaksa bermalam di Tanjung Batu dan keesokan harinya baru bertolak ke Danai. 

TSM bermalam di Wisma Wisata, bangunan yang kaler kuning kat atas. Satu bilik RP88000!!! Mahal giler, duit Malaysia sama dengan RM 29.30, huhuhu Kat pekan Tanjung Batu ni memang banyak giler orang bela sarang burung walit. Tapi kebanyakan nya semua orang Cina yang punya. 


Singki?? Ini bukan sembarangan singki ye, ini adalah mangkuk tandas!! Wtf!! hahaha Aku jumpa mangkuk tandas ni time nak buang air kecik kat salah sebuah kedai Nasi Padang di Tanjung Batu. Asal boley jek diorang nih, hahaha (sempat lg mek gambo dlm toilet:D)


Esok harinya, sambil menunggu bot nak ke Danai, aku duk kaji aktiviti orang Indon di Tanjung Batu.  Yang naik moto tu ngah tunggu penumpang turun dari kapal, kira dia macam teksi sapu la. Yang duk cangkung kat kaki lima tu ngah tunggu barang sampai untuk angkat naik kapal. Yang satu group duk atas kerusi meja tu pulak ngah main judi, cm haremmm.



Ni pula gambo time nak naik bot ke Danai. Bot dia agak buruk gak la. Yang paling buat aku cuak tengah-tengah laut tu ley pulak bot ni wat hal. Tangki minyak bocor, so minyak abis!! Dekat setengah jam gak la bot yang aku naik ni duk tengah laut, huhuhuhu time tu aku dh pikir macam-macam dah. Tapi bile tengok orang lain rilek jek, so aku pon wat la rilek gak,  padahal dalam hati ni rasa cuak nak mampos, kahkahkah Mungkin bagi diorang sume bende ni dah jadi cam biasa, tu sebab diorang ley wat rilek jek. Setengah jam pastu baru datang bot baru untuk tunda bot kami yang dah kehabisan minyak. Lega sket rasa, huhu  

Tiba di Danai, TSM terpaksa tumpang bermalam di salah sebuah rumah saudara pengantin. Bayangkan lah, jalan di Danai bukan nya jalan tar. Jalan simen, kecik pulak 2, memang muat-muat untuk laluan motor je. Ada separuh pulak yang tak bersimen lagi, kene pulak time aku datang tu ujan lebat, memang lecak abis lah tanah. Benda yang memang sadis sekali jamban die. Jamban pkai kepung ngan atap upih jek. Di fahamkan memang susah nak cari air bersih untuk mandi, sebab kalo hari tak hujan air kotor. Maklum lah guna air perigi. huhuhu Eletrik pulak pkai generator. Setiap rumah ada generator, lau generator tak hidup pakai lampu minyak tanah. Nak masak pulak pkai dapur minyak tanah. Kat sana diorang takda pakai gas cm kita.


Sebenarnya, 20 tahun yang lepas bapak aku penah jugak datang ke Danai ni. Die kata perbezaan dulu dengan sekarang sikit sangat, boleh di katakan takde perubahan langsung. Mungkin di sebabkan negara Indon ni terlalu besar dan banyak pulau-pulau, so pembangunan memang susah nk di jalankan. Perasaan aku time tu rasa macam kembali ke zaman dulu. TSM dah jadi CULTURE SHOCK!! hahaha 


Bawah ni gambo-gambo di hari persandingan:

Kemah ni buatan asli, memang sempoi abis
Rewang sambil di hiburkan dengan band kugiran
Rombongan pengantin lelaki sampai, baik-baik ye lecak, huhu


Rombongan siap sedia untuk menyerang rumah pengantin pompuan

Cian pengantin lelaki kne lecak, huhu

Pompuan pon terer main kompang

Pengantin selamat bersanding, pengantin pompuan kat sana memang mekap tebal giler
Band kugiran bagi diorang adalah suatu perkara yang wajib. Alasannya, kalo takde band susah nak panggil anak-anak muda datang rewang, wtf?!! Die punya speaker memang beso gila babeng, bunyik die jgn cakap la, rasa cm nak gugur jantung di buatnye. Tu sebab diorang panggil kenduri ni sebagai "pesta". Di fahamkan selepas bersanding ni, ada pulak aktiviti joget lambak, adoiii la. Tapi aku tak berkesempatan nak join sebab dah gerak nak balik (ada hati pulak nk join, kahkahkah) 
Dalam perjalan pulang ke Tanjung Batu
TSM terpaksa naik boat kecik balik ke Tanjung Batu di sebab kan boat yang besar dh gerak awal pagi lagi. Nasib baik bole tumpang boat orang, kalo tak terpaksa tido satu malam lg di Danai, x sanggup siot!! Dapat rasa sekali hidup susah pun jadilah, sudah cukup menginsapkan diri, huhuhu TSM selamat sampai di Kukup pada hari Jumaat, 28 januari. Alhamdulillah, semuanya selamat walaupun pelbagai dugaan yang datang menimpa, dah tiba rumah baru rasa mabuk laut, hehehe Memang satu pengalaman yang menarik di Indonesia, kalau ada peluang lagi kompem aku tak nak pegi lagi!!! kahkahkah
Enhanced by Zemanta

7 comments:

  1. hahahahha... pengalaman baru la 2

    ReplyDelete
  2. waalaikum salam. jawap salam 1Malaysia dari TSM. :)

    pergh...bukan TSM saja terkejut, kami yang baca entry ni pun dah rasa terkejut beruk dengan gambar2 TSM capture!

    best lar entry ni. patutla blog TSM tak berupdate, rupanya berlepas ke ober c! :D

    Revolusi Mesir:Nyatakan solidariti anda bersama masyarakat antarabangsa

    ReplyDelete
  3. Genta: huhuhu cm 2 eyh nk jawab slm 1msia:D mmg oversea yg tersangat2 over!!hahahahaha

    ReplyDelete
  4. hoho...tebal giler mekap,kalo aqu,jangan kate nk bersanding,nak kua bilik ngn muka cmtu pn da xsanggup...!

    haha..kompem xnak pegi lg ea..?hikhik

    ReplyDelete
  5. tika: time akak TSM kawin, diorang pulak yang pelik, diorang siap tanye nape x makeup tebal2, huhuhu

    ReplyDelete
  6. salam saya igt nak pegi ke tanjung batu..ader saudara di sana.. tapi takut pulak sesat..boleh tak saya tau berapa tambang feri kalau nk ke tanjung batu yerk... dh berapa kali diorang invite ke sana bile time dtg malaysia..tp sampai sekarang saya x sampai2 pon..dah makin ramai saudara mara yg dah meninggal pon saya x tau....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...