![]() |
gambar hiasan semata-mata |
Salam sejahtera kepada blogger-blogger sekalian. Dah masuk 5 hari TSM tak tulis entry baru.
Sebab nye TSM baru balik dari kenduri kawin. Giler ape kan pegi kenduri sampai 5 hari, kahkahkah Citer pasal kenduri ni TSM akan buat untuk next entry, dan kali ni TSM nak teruskan dengan kelas bahasa TSM. So sebelum ni korang dah belajar cara nak guna ayat Tigasukumaut kan. Kalau ada yang tak belajar lagi korang boleh klik sini.
Dalam kelas bahasa kali ni, TSM nak ajar cara-cara untuk membina ayat "puji diri sendiri". Kalau dulu orang tua-tua cakap masuk bakul angkat sendiri. Tapi bila dah zaman modern dan serba canggih ni orang dah ubah pulak, masuk lif tekan sendiri, kahkahkah Kita selalu menggunakan ayat pujian untuk memuji kelebihan seseorang. Tetapi ada juga sesetengah makhluk yang menggunakan ayat pujian kepada dirinya sendiri. Apakah sebab yang mendorong seseorang itu untuk memuji dirinya sendiri? Antaranya ialah:
- Merasakan diri mempunyai kelebihan yang luar biasa berbanding orang lain.
- Sifat bangga yang menebal di dalam diri atas kelebihan yang ada.
- Ingin mencari teman untuk meluahkan perasaan bangga yang kian menebal.
- Berasa tidak selesa jika tidak berkongsi cerita atas kejayaan yang dikecapi.
- ingin memberi pengajaran dan pedoman kepada orang lain. (wtf?!!)
- Perasan diri sendiri cantik, hensem, kaya, hebat, stylo habis, kuat, alim, dan sewaktu dengannya.
Untuk membina ayat memuji diri sendiri ini, terlebih dahulu kita perlulah mengkaji apakah kelebihan yang kita ada. Dan yang lebih penting kelebihan tersebut mestilah dapat membuatkan telinga si pendengar berasa panas dan seterusnya dapat membangkitkan rasa iri hati yang maksimum. Jom kita lihat contoh-contoh ayat puji diri:
- Kalau kau nak tahu, dulu aku lah orang yang pertama dalam kampung pakai kereta kancil.
- Kau tengok aku, belajar pandai, kerja best, umah besar, keta besar, sebab apa?? Sebab aku rajin, tak macam kau, pamalas!!
- Dulu time sekolah, semua awek tergila-gila kan aku, apa hensem sangat ke aku ni?
- Man, sini jap, kau tengok lukisan aku nih, cantik tak, ada apa-apa nk komen??
- Kau tau tak Man, aku dulu pernah jadi best student kat Universiti.
- Huh, selalu aku makan nasi 5 pinggan sekaligus!!
Aku buat entry ni sebab aku hangin ngan makhluk-makhluk yang suka duk puji diri sendiri. Aku bukan nak main isu politik, tapi bila aku cari bahan untuk entry kali ni terjumpa pulak klip video ni dan xde klip video lain yg lg sesuai. Patut lah Malaysia ni ramai sangat yang suka duk puji diri sendiri, dah PM nye yang ngajo, kahkahkah
salam bro..
ReplyDeletememang tabik spring tiap kali entry terbaru dari ko.
serius tiga suku maut!
"makan kenduri sampai 5 hari ker?"
haha
keep it up!
lagi satu, politik pun sebahagian daripada urusan hidup kita jugak kan? so dont woried.
ReplyDeletevideo terbaek! DS1M puji diri sendiri. :P
nk wat cm na, dah xde org nk puji dia, dapat lak teks agong die yg wat,apalagiiii, kahkahkah
ReplyDelete