Pages

Ahli-ahli 3sukumaut!!

Showing posts with label Muzik TSM. Show all posts
Showing posts with label Muzik TSM. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

Muzik @ TSM: Queen



Salam 1Malaysia, haa kalo terer try la jawab salam ni. TSM pon tak tau la cm na nk jawab salam 1Malaysia nih, Tok Guru Najib ajo kita bagi salam jek, nk jawab salam balik dia tak ajo pulak, adess. TSM nak terus kan entri kali ni ngan segmen muzik. Sebenarnya lagu-lagu yg TSM selalu dengo kebanyakan nya lagu-lagu lama. Agak klasik gak lah TSM nih, huhuhu Nak wat camna, dah lagu-lagu sekarang nih suma nya pelik-pelik, serius memang tak leh masuk ngan jiwa TSM nih, ekekeke Yela, band-band skrg nih asal lagu diorg ada rentak best sket n kene plak ngan gaya feshen yg konon nya cool, kira boleh pegi jauh la tu. 
Perjuangan muzik zaman dulu ngan sekarang jauh berbeza. Contohnya, band-band rock dulu nak dapat nama sikit punya susah, buat show kat kenduri kawin, funfare, masuk battle of the band, kira diorg start dari bawah. Tapi artis-artis sekarang nih, dengan adanya pogram-pogram realiti, diorg ngan senangnya dapat jadi artis. Kira macam jalan pintas la, tapi artis-artis yang macam nih memang tak tahan lama. Maksud aku bukan tak tahan lama atas katil ye, aduss korg nih otak kuning tul laaa, heh Kiranya lagu diorang cepat basi la. 


So entri kali ni aku nk review band rock terkemuka dari London, Queen. Queen ditubuhkan pada 1971 dan dianggotai oleh Freddie Mercury (lead vokalis/piano), Brian May (Guitar), John Deacon (Bass Guitar) dan Roger Taylor (Drums).  Antara lagu hits Queen antaranya adalah "Bohemian Rhapsody". Lagu ini berada pada carta pertama selama 9 minggu di London dan merupakan sebuah lagu yang unik. Selain daripada itu, lagu seperti "We Will Rock You" dan "We Are The Champion" telah menjadi lagu tema sukan antarabangsa. Antara lagu Queen yang menjadi feveret aku adalah "Don't Stop Me Now". Lagu ini juga telah terpilih sebagai lagu feveret rancangan Top Gear. 


Antara keistimewaan band rock Queen ni selain daripada lagu diorg yang unik adalah persembahan live diorang yang cukup bertenaga. Sebenarnya cara aku nilai sesebuah band juga bergantung kepada kemampuan diorang buat live show. Kalau setakat recording meletup-letup, tapi bila sampai time buat live show hampeh, baik tak yah la. Berakhirnya kegemilangan Queen setelah Freddie Mercury jatuh sakit dan mati pada tahun 1991. Dia telah di sahkan menghidap AIDS, dan di khabarkan puncanya di sebabkan Freddie adalah Gay. Agak menyedihkan jugak sebabnya asal keturunannya adalah Islam. Nama asal freddie adalah Faroukh Bulsara dan dia dilahirkan di Zanzibar, Tanzania dan berketurunan Parsi. Di London dia telah dijaga oleh parent angkatnya dan mungkin disebabkan inilah pegangan agamanya tidak kuat. Apa pun sama-samalah kita ambil ikhtibar daripada apa yang terjadi ke atas dirinya. 
So, kat bawah ni aku sertakan lagu feveret aku "Don't Stop Me Now" dalam 3 versi. First adalah official clip video dari Queen, n second lagu yang sama tapi dinyanyi kan balik oleh band dari Korea dan yang last skali adalah versi yang paling mantapppp, layannnn>>>  

 1) Official Music Video "Don't Stop Me Now". Aku rasa dah beratus kali kot tengok video klip ni, memang best, huhuhu

   
 2) 0vueen, Korean Queen Tribute Band, salute la ley bawak lagu ni, antara tribute band Queen yang gempak, walaupun de pelat2 korea sket, tp stil gempak:D


3) err yang ni fan Queen tigasukumaut, kahkahkah layannn



p/s: Tahun ni ada rumors Queen nk wat movie pasl grup diorg, pelakon Borat (Sacha Baron Cohen) pegang watak Freddie Mercury, huhuhu

Monday, February 21, 2011

Muzik @ TSM - Beatbox



Apa tu beatbox?? Bebudak Hip-hop mesti biasa wat bende alah ni kn. Ye la nak wat cm na, nk beli speaker mahal-mahal takde duit, gune mulut pun jadi la kan, huhuhu Sebenarnye beatbox ini adalah satu skil meniru apa-apa bunyi sekalipun menggunakan mulut, bibir, lidah, dan suara. Peniruan bunyi ni sebenarnya dah lama dah wujud, tetapi beatbox zaman dulu dan sekarang amatlah berbeza.

Thursday, January 13, 2011

Vokal 3sukumaut!!


Salam satudunia, yeaahh kehangatan Anugerah Juara Lagu masih lagi tidak habis. Ramai lagi yang tak puas hati dengan Ana Rafali, hahaha Pe la nasib kan, menang pun tak guna kalau orang pertikaikan.

Wednesday, January 12, 2011

Rock 3sukumaut!!


Salam kepada rocker-rocker sekalian. Kalau korang lelaki kompem korg suke rock, yang pompuan pon aku tak nafi kan memang ada yg minat genre muzik rock nih. Tapi kalo lelaki x minat kompem die tu auw2. kahkahkah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...