Pages

Ahli-ahli 3sukumaut!!

Thursday, April 14, 2011

Bisnes $$$ Tigasukumaut


Hah cm ni lah, time aku nk start post entry time tu la tenet nk lembab!! Saje je nk lemahkan semangat nih, hehe cakap pasal lembab, teringat lak time aku lepak ngan membe kat kdai makan minggu lepas. Aku nk order mee goreng basah, pelayan tu cakap mee goreng basah xde, mee goreng lembap ada la, kahkahkah first time aku dengo org ckp mee goreng lembap, sib baik bukan mee goreng lembab!! haha
Dekat sebulan x post entri cm ni la, rasa kekok pulak nk mengarang, huhu Entri aku kali ni bukan pasal mee goreng basah or lembap, tu mukaddimah je. Sebulan yang lepas aku agak busy sebabnye aku wat macam-macam kerja, kerja freelance, bisnes kecil-kecilan, musim durian pulak. Nasib baik tahun ni durian belakang rumah kena pajak, kalo tak memang jd tokey durian la pulak, hehehe 
Aku sebenarnye bru nak blajo wat bisnes, tapi bisnes kecik-kecik je la kan. Nak wat bisnes beso terus nanti mesti orang pelik tetiba aku jadi kaya kan, kena fitnah la pulak, tu yang tak berani nk wat beso-beso, kahkahkah Padahal nk handle bisnes kecik-kecik pon x jalan, rugi ada lah, kahkahkah Alah tak kesah lah, janji aku ada usaha, tak banyak, sikit-sikit pon jadi la kan (saje nk sedapkan hati) Bak kata orang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tapi duit kalo jadi bukit betul pening jugak bhaii, kahkahkah
So entri kali ni aku nk kenal kan korang dengan seorang pakcik tigasukumaut nih, nama dia Joe Ades (1934-2009). Dia ni salesman tepi jalan kat New York. So kalo korang nk kenal ngan dia lebih lanjut layan video klip bawah ni ye, selamat berkenalan, huhuhu



Ape yang hebat sangat ngan pakcik joe nih? Nampak cm biasa je kan, tapi korang perasan tak nape die pakai smart giler? Selalunya kalo orang lain yang jual tepi jalan nih mesti die pakai serabai je kan, tapi lain pulak ngan Joe Ades nih. Jawapan die ada dalam video klip seterusnya..


Amacam? Stylo tak pakcik Joe nih? hahaha Salah satu quote Joe Ades "Never underestimate a small amount of money gathered by hand for 60 years". Ini baru lah dinamakan sikit-sikit lama-lama jadi bukit, huhuhu Keypoint dia satu je, kena istiqamah, lau hangat-hangat taik ayam je sampai bila nk majukan (cm kena batang idung sndiri jek hehehe). Orite, sampai di sini sahaja rancangan tigasukumaut anda, kalau ada pendapat dan komen sila tinggalkan di ruangan komen di bawah ye, sekian terima kasih,  jumpa lagi, daaaaa~~


p/s: Rasulullah S.A.W pernah bersabda 99% punca rezki di muka bumi ini adalah dari sumber perniagaan...

Wednesday, April 13, 2011

TSM kembali lagi, huhuhu


Salam kepada suma blogger-blogger tegar, huhu lama nyer x update blog nih. Rindu pulak rasa ngan logo oren 'B' kata atas tu, rasa cm nk guling-guling je dalam blog ni. Terima kasih la kepada yg melawat blog TSM ni walaupun xde entry baru. Ye la kan, mana la tau ada follower yg sanggup tunggu 24 jam dpn laptop smata2 nk baca entry TSM yg baru, kahkahkah kalo ada mmg aku bagi sebijik peti ais kepada beliau, kahkahkah 
TSM  lama mnghilangkan diri sebabnya TSM agak busy sket kebelakangan nih. Tu la, jd penganggur pun busy 24 jam. Apa nak buat, kalo duk tdo je 24 jam ada org bising pulak. Tu yang saja duk membusykan diri sendiri, huhuhu Apa yg TSM buat smpai jd busy ngalahkan org keje? Cerita tu akan di muatkan dalam entry yg seterusnya, nyeh3 biasa la, cm dalam tv, lau nk wat org saspen kena la wat cm tu kan, hehe
Insyaallah, mlm ni aku akan wat entry baru. Korang jgn risau lah, kalo TSM ada wat entry baru surenye TSM akan tinggalkan tapak kaki kat blog korang,  hehehe Orite, nk g mkn dulu, lapo, huhuhu

Tuesday, March 8, 2011

Muzik @ TSM: Queen



Salam 1Malaysia, haa kalo terer try la jawab salam ni. TSM pon tak tau la cm na nk jawab salam 1Malaysia nih, Tok Guru Najib ajo kita bagi salam jek, nk jawab salam balik dia tak ajo pulak, adess. TSM nak terus kan entri kali ni ngan segmen muzik. Sebenarnya lagu-lagu yg TSM selalu dengo kebanyakan nya lagu-lagu lama. Agak klasik gak lah TSM nih, huhuhu Nak wat camna, dah lagu-lagu sekarang nih suma nya pelik-pelik, serius memang tak leh masuk ngan jiwa TSM nih, ekekeke Yela, band-band skrg nih asal lagu diorg ada rentak best sket n kene plak ngan gaya feshen yg konon nya cool, kira boleh pegi jauh la tu. 
Perjuangan muzik zaman dulu ngan sekarang jauh berbeza. Contohnya, band-band rock dulu nak dapat nama sikit punya susah, buat show kat kenduri kawin, funfare, masuk battle of the band, kira diorg start dari bawah. Tapi artis-artis sekarang nih, dengan adanya pogram-pogram realiti, diorg ngan senangnya dapat jadi artis. Kira macam jalan pintas la, tapi artis-artis yang macam nih memang tak tahan lama. Maksud aku bukan tak tahan lama atas katil ye, aduss korg nih otak kuning tul laaa, heh Kiranya lagu diorang cepat basi la. 


So entri kali ni aku nk review band rock terkemuka dari London, Queen. Queen ditubuhkan pada 1971 dan dianggotai oleh Freddie Mercury (lead vokalis/piano), Brian May (Guitar), John Deacon (Bass Guitar) dan Roger Taylor (Drums).  Antara lagu hits Queen antaranya adalah "Bohemian Rhapsody". Lagu ini berada pada carta pertama selama 9 minggu di London dan merupakan sebuah lagu yang unik. Selain daripada itu, lagu seperti "We Will Rock You" dan "We Are The Champion" telah menjadi lagu tema sukan antarabangsa. Antara lagu Queen yang menjadi feveret aku adalah "Don't Stop Me Now". Lagu ini juga telah terpilih sebagai lagu feveret rancangan Top Gear. 


Antara keistimewaan band rock Queen ni selain daripada lagu diorg yang unik adalah persembahan live diorang yang cukup bertenaga. Sebenarnya cara aku nilai sesebuah band juga bergantung kepada kemampuan diorang buat live show. Kalau setakat recording meletup-letup, tapi bila sampai time buat live show hampeh, baik tak yah la. Berakhirnya kegemilangan Queen setelah Freddie Mercury jatuh sakit dan mati pada tahun 1991. Dia telah di sahkan menghidap AIDS, dan di khabarkan puncanya di sebabkan Freddie adalah Gay. Agak menyedihkan jugak sebabnya asal keturunannya adalah Islam. Nama asal freddie adalah Faroukh Bulsara dan dia dilahirkan di Zanzibar, Tanzania dan berketurunan Parsi. Di London dia telah dijaga oleh parent angkatnya dan mungkin disebabkan inilah pegangan agamanya tidak kuat. Apa pun sama-samalah kita ambil ikhtibar daripada apa yang terjadi ke atas dirinya. 
So, kat bawah ni aku sertakan lagu feveret aku "Don't Stop Me Now" dalam 3 versi. First adalah official clip video dari Queen, n second lagu yang sama tapi dinyanyi kan balik oleh band dari Korea dan yang last skali adalah versi yang paling mantapppp, layannnn>>>  

 1) Official Music Video "Don't Stop Me Now". Aku rasa dah beratus kali kot tengok video klip ni, memang best, huhuhu

   
 2) 0vueen, Korean Queen Tribute Band, salute la ley bawak lagu ni, antara tribute band Queen yang gempak, walaupun de pelat2 korea sket, tp stil gempak:D


3) err yang ni fan Queen tigasukumaut, kahkahkah layannn



p/s: Tahun ni ada rumors Queen nk wat movie pasl grup diorg, pelakon Borat (Sacha Baron Cohen) pegang watak Freddie Mercury, huhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...