Ahli-ahli 3sukumaut!!

Monday, January 24, 2011

Tips membuang masa @ 3sukumaut!!


Berjumpa lagi kita di dalam segmen tips @ TSM. Kali ni aku nk buang masa tulis entry "cara nak buang masa". hahahha Kadang-kadang bagi orang yang dah bekerja, mesti korang teringin nak berehat, bangun tido lambat, buat benda yang korang suka, melancong dan banyak lagi benda yang de dalam kepala otak korang. Percayalah, bila korang ada masa untuk berehat, bila dah jadi lama sangat sampai 2 hingga 3 minggu mesti korang sendiri yang rasa bosan. hahaha Lain lah bagi aku yang jadi penganggur, sebenarnya sangat jeles tengok orang yang dah bekerja. Tengok orang kerja pungut sampah pun jeles, arggghhhhh So untuk mengelakkan diri aku menjadi jeles tak tentu pasal, aku buat benda lain yang orang bekerja tak boleh buat selalu, hahahaha Ini antara aktiviti yang korang boleh buat untuk membuang masa: 
  1. Buat kerja rumah - Jika sebelum ini anda seorang yang pemalas, tak pernah buat kerja-kerja rumah, ubah lah diri anda menjadi seorang yang super rajin. Basuh baju, menyapu sampah, lap tingkap, cat rumah. Sekiranya anda seorang perempuan perubahan ini akan membuatkan sdara mara anda terpegun melihat kerajinan anda dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi saham anda.
  2. Main Game - Cari game arcade yang simple-simple kat dalam internet. Ada beratus ribu game arcade dalam internet dan anda pasti tidak akan bosan. Cuba memecahkan rekod bagi setiap game yang anda main.  
  3. Jual barang yg x guna - Bilik anda terlalu sempit dan penuh dengan barang-barang sentimental? Lupuskan semuanya atau jual di mudah.com. Sekurang-kurang nya dapat gak buat duit dan melapangkan bilik anda.
  4. Baca komik/manga - Bagi peminat komik yang x berkesempatan untuk membaca komik time study dulu, korang boleh la baca time ni. Caranya, cari sumber-sumber dari internet yang menyediakan koleksi-koleksi komik yang dah di scan. Selalunya diorang upload dalam blog. Ada beratus-ratus komik dan baca lah sampai muntah. hahaha
  5. Do It Yourself  - Anda seorang yang minat dalam pertukangan? Gunakan kelebihan anda untuk renovate rumah dan bilik anda. Banyak sumber-sumber DIY dalam internet sebagai rujukan anda. Bagi yang tidak mempunyai kemahiran dalam pertukangan anda bolehlah lakukan aktiviti seperti no.1 di atas.
  6. Simpan Rambut dan jambang - Sebenarnya ini adalah trend budak-budak sekolah. Bila bukak sekolah jek masing-masing simpan rambut panjang. Pastu duk risau kne potong ngan guru disiplin, hahaha aku x penah wat cmtu, bukan nak kata aku ni budak baik, dh rambut aku krinting! Memang afro lah jd nye kalo simpan, kahkahkah Kalo dah keje memang susah nak bela rambut dan kalo de jambang lagi bagus, biar nampak lagi serabut. Baru orang tau yang kita ni menganggur, kahkahkah
  7. Menjadi Peramah - Kalau sebelum ni anda di gelar seorang yang sombong dan kera sumbang, ubah kan persepsi tersebut terhadap diri anda. Bertegurlah sapa kepada jiran, ajak bersembang walaupun topik yang sama tiap-tiap hari. Kalo jiran anda bosan dan tidak layan anda ajak pula jiran di depan atau belakang rumah anda bersembang. Kalo mereka semua bosan jugak dengan anda, anda perlulah mencari rumah lain dan secara tidak langsung anda dapat jiran yang baru!!
Banyak lagi cara untuk membuang masa seperti berkebun, dengan berkebun sekurang-kurang nya dapat juga anda mengeluarkan peluh. Membela binatang peliharaan seperti kucing, hamster, arnab. Bosan-bosan boleh gak ajak bersembang dengan diorang. Dan akhir sekali duk depan cermin dan cakap dengan diri sendiri. Pastikan anda rakam setiap percakapan anda dan tulis balik di dalam blog anda, kahkahkah Kalo rase tak cukup lagi tip-tips di atas korang ley lah layan video clip bawah ni. Selamat mencuba, ooyeaahh:D







6 comments:

  1. hehehe...klaka la...nak buang mase pon ade tips...:)

    ReplyDelete
  2. haha..smpan rmbut dan jmbang tu xleh bla..hehe.

    ReplyDelete
  3. TSM, hidup ko lebih kurang aku. tiap pengalaman yang ko cerita aku dapat rasa ianya life.

    blog ko boleh pergi jauh. percayalah.

    thumb up!

    ReplyDelete
  4. aq buang masa kat office komen blog org..hwa2

    ReplyDelete
  5. haha, yang numbo 1 tuh memang betul. tetibe rase rajin lak nak buat kerje..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...