Pages

Ahli-ahli 3sukumaut!!

Wednesday, February 9, 2011

Movie @ TSM


Entri kali ni aku nak wat pasal movie pulak, sempena ngan CNY yang lepas, aku pun layan la citer Ipman nih. Perghhh, citer ni memang stylo-milo habis, huhuhu Sebenarnye dah lame dah movie ni de dalam laptop aku. Aku jek yang malas nak tgok. Ip man @ Yipman ni adalah salah seorang guru kungfu kepada Bruce Lee. Dalam citer ni, watak Ipman dipegang oleh Donnie Yen, seorang actor martial art Hong Kong. 

Bruce Lee bersama Ipman

Pada awal permulaan citer ni Ipman datang ke Hong Kong dengan isterinya yang sarat mengandung. Dia bercadang untuk membuka kelas kung fu untuk menyebarkan ilmu disamping mencari duit untuk menyara hidup keluarganya. Pada awal penubuhan kelas kungfu nya, dia telah ditentang oleh guru-guru dari sekolah kungfu lain kerana Ipman tidak mematuhi peraturan di situ. Kemudian Ipman telah dicabar untuk bersemuka dengan semua guru-guru dari sekolah kungfu sebagai tanda memberi hormat. 

Ipman vs Twister yang bingai

Di dalam cerita ini juga Ipman telah dicabar oleh seorang peninju bernama Twister. Twister tidak menghormati Kungfu dan merendah-rendahkan martial art lain. Dia juga telah menyebabkan kematian salah seorang guru dari sekolah kungfu. Ini menyebabkan Ipman marah dan bertekad untuk membalas dendam terhadap Twister. Sepanjang movie ni jantung aku berdegup kencang dan rasa macam nak masuk jek dalam movie ni n kasi hentam sama itu Twister, huhuhu 
Pengaruh movie ni memang sangat kuat. Nak tau sebab apa aku cakap cm ni? Korang tengok jelah video klip bawah ni, huhuhu:




p/s: nasib baik aku tak jadi macam mamat nih, huhuhu

6 comments:

  1. ip man terbaik...hero cool....lepas ni try tengok flash point....stylo...

    ReplyDelete
  2. Salam TSM..

    haha...lawak siot IP dalam MRT singapor.

    ada bakat.

    tapi cerita nih memang the best la.

    ramai orang suka. termasuklah aku. :)

    alma2paradise

    ReplyDelete
  3. baru ni baru aku tahu yang Ip Man nih dibaca Ipman. hehh.

    ReplyDelete
  4. Hazari: lek r derr, ni bukan kelas bahasa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...