Ahli-ahli 3sukumaut!!

Monday, January 17, 2011

Tips 3sukumaut: Cara nak potong line




Salam kepada semua dan sekali lagi aku nak tulis pasal tips 3sukumaut, hehehe Sebelum ni kita dah tau cara nya untuk atasi orang-orang yang potong line kan. So kali ni kita belajar pulak cara nak potong line, kahkahkah mana tahan kan asyik orang lain jek yang potong kita, kita pon nak gak merasa potong line orang. hehehehe


Situasi 1: Punya lah panjang aku beratur kat kaunter cafe, tiba-tiba datang sorang brader nih terus menuju ke depan kaunter dan menghulurkan duit pada cashier, lalu cashier menghulurkan secawan air kopi kepadanya tanpa berkata-kata, brader ni pon beredar dengan muka yang poyo. Mungkin dia memang dah tiap-tiap hari minum kat kafe tu dan sudah menjadi pelanggan tetap, tapi korang rasa selesa tak dengan perbuatan brader nih?? 

Situasi 2: Jalan jem teruk, mungkin ada eksiden kat depan kot, tiba-tiba sebuah kereta masuk ke lorong motor yang pling kiri sekali dan terus memecut ke depan. Dah tiba depan, kereta tadi tu bagi pulak signal ke kanan nak masuk ke lorong kereta balik. Macam haram perangai.

Situasi 3: Aku tengah cari parking kat dalam sebuah shoping mall, kebetulan parking penuh pulak tu. Tiba-tiba aku ternampak ada kereta nak keluar, apa lagi aku pun bagi signal nak masuk, belum sempat aku nak masuk parking tu tiba-tiba malaun mane tah dengan selamba badak nya masuk ke parking tu dulu tanpa menghirau kan kewujudan aku, cam sial jek.

Situasi 4: Bas untuk aku balik ke kampung sudah sampai, aku pun beratur naik ke atas, sampai di atas bas aku tengok nombor sit aku sudah pun ada orang duduk. Tiba-tiba driver bas jerit "haa duk je mana-mana eh, bas dah nak gerak nih!!" perghh sialan sungguh, terpaksa aku duk sit yang paling belakang.

Malang sungguh nasib aku kerana aku seorang yang sangat jujur. hahahha jujur atau lurus bendul?? kenapa aku harus berdiam diri sedangkan orang lain senang lenang mengambil peluang yang terhidang di depan mata?? Adakah aku seorang yang tidak kreatif dan tidak pandai mengambil peluang? Adakah aku seorang yang penyabar dan terlalu mengikut peraturan? Adakah orang lain akan memanggil aku si lembab dan bodoh? 

Sebenarnya dalam beberapa situasi kita tidak perlu menjadi seorang yang sangat jujur. Dunia sekarang terlalu kompetitif. Siapa yang tidak bijak merebut peluang maka dia lah yang rugi. Kalau kita lihat sesetengah orang yang pandai bukannya disebabkan mereka terlalu rajin study. Tetapi di sebabkan mereka bijak menguruskan masa dan jadual study mereka. Study smart, not study hard. So sama lah juga dalam setiap kerja yang dilakukan dalam kehidupan seharian kita. Kreatif adalah sesuatu bakat yang tidak ternilai. Tetapi kita perlulah sesuai kan dengan keaadan semasa supaya ia tidak mendatangkan kecelakaan kepada diri sendiri. So kalau korang nak potong line, ape-ape line pon lah, haha first skali korang kena kreatif. Nak tengok contoh dia, layan video klip bawah ni, hahaha:

Ini lah cara yang paling cool, sbnarnya mr.bean tak potong line pun, dia dah chop tempat tu awal-awal dan xde siapa yang berani marah die. Tidak seperti keempat-empat situasi kat atas di mana mereka boleh menimbulkan kemarahan kepada orang lain. Ini lah di namakan kreatif!!


Enhanced by Zemanta

7 comments:

  1. Pergh!!! Beik punya lah Mr. Bean taktik... :-D

    ReplyDelete
  2. Orang yang suka memotong line adalah orang yang tidak beradap...

    GMPP, PIBGN cadang mansuh yuran sekolah

    ReplyDelete
  3. Hahahaaha!... memang kretip gilerr Mr Bean ekeke..

    ReplyDelete
  4. hahaha...nice entry bro...
    thanx follow bro, tapi aku ada cara aku tuk follow blog orang lain...nanti aku usha lagi blog ko ni k :) peace

    ReplyDelete
  5. merebut peluang selagi tidak menganiaya orang lain adalah amalan mulia. ^_^

    ReplyDelete
  6. bro hazari: huhuhu, aku penunggang moto, lau de keta yg wat cm2 mmg kne hon kaw2 la ngan aku

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...